Tuesday, September 20, 2016

Nukilan SR




Dalam kereta aku menulis, destinasi felda sg sayong. Kampung belah ayah. Suasana kelihatan mendung seperti ingin hujan lebat . Dalam perjalanan tiba di kampung, aku hanya lihat senyuman di wajah ayah bonda yang berusaha mencari nafkah buat anakanda setiap hari tanpa lelah. 

Sampai sekarang hanya bersyukur kepada allah di kurniakan orang2 yang baik untuk AKU, terima kasih tuhan Limpahan rahmat dan rezeki yang di kurniakan kepada aku,  bila aku lihat kembali kenangan lalu kadang-kadang rasa tersentuh bertawakal kepada allah, permintaan itu hanya allah yang tahu. Kadang2 apa yang kita harapkan tidak semestinya akan terkabul, selalu berdoa dan bersangka baik . Mungkin Tuhan sengaja bagi kita jumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita jumpa insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan pemberian dan hikmah di balik pemberian tersebut.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. 
Alhamdulillah, sekarang kehidupan lebih tenang dan lebih matang dlm melalui setiap situasi yang sgt sukar dan sakit. Aku lebih teliti dalam membuat keputusan dan lebih lantang memberi pandangan dan pendapat. Hari ini aku menjadi insan yang jauh berbeza dari sebelumnya. Mungkin dulu ada yang memandang aku seorang yang main2, loyar buruk, playboy ,tetapi hari ini aku memikul tanggungjawab sebagai anak sulong. Mungkin dulu aku hanya budak yang suka menyendiri,tetapi kini aku insan yang lebih terbuka dan berdikari, lebih menghargai setiap teman dan sahabat yang pernah hadir dalam hidup ku.

Aku dah sampai ke destinasi , terasa kepala sangat berat macam ada batu hempap. Kelihatan atok tunggu di luar rumah senyum ketawa melihat anak dan cucu sampai . Semoga orang2 yang saya sayang dan pernah saya sayang selalu dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa diredhai . Maafkan saya jika aku salah . Sesungguhnya saya seorang pendosa. "aku tak pernah benci kau, tapi kau buat macam aku ni sampah "

"Aku akan teruskan hidup aku dgn apa yang aku ada sekarang, inshaallah semuanya akan berada dalam keadaan baik. aminn. Terima kasih sebab sedarkan"

(:


Monday, September 19, 2016

Note myself


"Lelaki yang baik untuk wanita yang baik , begitu jugak wanita yang baik untuk lelaki yang baik"
Betul la orang cakap, kita kena ubah diri kita dulu untuk cari yang lebih baik untuk diri kita.
Ubah secara istiqamah. Kita semua pernah melakukan dosa, tapi Allah bg kita peluang untuk bertaubat.
Salah satu bila kita rasa tak tenang, sebab kita terlalu banyak dosa yg lalu. Hidup ni sementara, tak salah kita nk happy,
enjoy dgn kawan2 . tapi berpada. Aku tulis bg pihak diri aku sendiri. Kadang2 bila aku sorang2, aku terfikir
apa yg aku pernah buat dulu,  aku terfikit kalau la Allah nak tarik nyawa aku bila2 masa sahaja boleh .
Selagi ada masa, ada ruang dan waktu, aku cuba jadi seorang lelaki yang lebh bertanggungjawab. Bertanggungjawab dari segi agama, sebagai seorang abang dan anak sulung. Sebab satu hari nanti, kalau aku dah ada family sendiri,
tanggungjawab lebih besar . Yela, kita selalu nak pasangan yg baik dan anak yag soleh-solehah. Kita juga kena pesan pada diri sendiri. Boleh ke aku bimbing mereka ? boleh ke aku didik mereka ke jalan yg betul? Pokok pangkalnya . Hati . Sentiasa sabar dan ikhlas dalam melaksanakan perintah Dia. Aku bukan ceramah, aku bukan ustaz , aku tau aku tak layak pun cakap mcm ni, aku cuba cari diri aku sendiri. Makin kita dewasa, kita akan nampak apa yg dihadapan.. Inshaallah aku cuba perlahan2 jadi diri ni lebih baik. Sebab aku segan bila kita nak kahwin , tapi ilmu belum cukup untuk bimbing keluarga kelak. Bina hubungan yang baik dgn Allah, dan Allah akan bg yang terbaik untuk hambanya. Allahualam. Inshaallah.

-SR-

Sunday, September 18, 2016

Congrates



"Nothing much i can say , just Congrates with your future , be a good girl and wife"
jangan lupa jemput .
(:

Friday, September 16, 2016

Dream


Lately ni banyak sgt mimpi pasal dia. Nak aku aku ni terlalu fikir sangat . Takdela jugak . Ni mesti orang sekeliling aku yang banyak sgt tanya benda yang sama .  haaaa nasib awak lerr shamin . 
kadang2 rasa nk call/ws. Seriusly lama tak borak dgn dia . Maybe her hubby wont let someone like me, friend with her . Its okay. Harap awak baik2 saja . -bff-

mien's FOLLOWERS