Friday, March 14, 2014

. . . . . . . . . . . . .

Assalamualaikum kpd saudara seislam dan salam sejahtera buat seluruh penduduk bumi yg tak pernah letih mencari harta duniawi dan ukhrawi.

Saya mengambil kesempatan dikesempitan waktu final yg ada.sekadar ingin berkongsi sesuatu yg terlintas dibenak hati dan fikiran.sejak berkurun memendam akhirnya terpaksa diluah juga.manusia ni adalah seindah dan sesempurna ciptaan ALLAH.setiap seseorang memiliki sifatnya tersendiri.duduk jauh di negeri orang bg saya pengalaman yg lain dr apa yg sy lalui di negeri sendiri.pertama kali berjauhan dr keluarga.hati siapa tak merana? namun masa depan yg harus dituju.pengorbanan ni insyaALLAH bakal memberikan pulangan yg lumayan di masa hadapan.suatu masa dahulu,diri ni seorang periang,suka berkawan,dan sentiasa dikelilingi org yg sayang akan dirinya.kini berbeza.hanya senyuman yg mampu diberikan bg menutup segala kata hati.bukan niat utk menipu tp apa daya utk meluah pd yg tidak memahami hati ni.agak lama juga masa diambil utk memahami kawan baru.makin lama sy mengenali mereka,semakin sy kehilangan kata-kata.masing-masing egois mengejar kepentingan dan kepuasan diri sendiri.puaskah hati kita bila ada insan lain yg dlm diam berkecil hati dgn kita? adakah tu bahagia? kata si dia,mungkin lain negeri lain caranya.ya mungkin betul.tp sy tetap juga berfikir.adakah kerana berlainan negeri mengakibatkan wujudnya 'assabiyah' ? bagaimana generasi nk berkembang seandainya perkara ni berterusan? sy akui tak semuanya begitu.maaf jika ada yg terguris.sabar dan sentiasa positif.belajar utk memaafkan walaupun agak perit.tu yg mak dan ayah sy ajar,didik.Islam juga sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan.hari ni terjadi perselisihan faham antara mereka.seorang kata A seorang kata B.akhirnya sy memutuskan utk menilainya dgn cara sy sendiri.sy duduk atas pagar.berfikir sejenak.salahkah ada pihak mengalah atau ambil pendekatan utk berbincang apa yg tak memuaskan hati masing-masing.berhentilah berbisik dibelakang.kita ni dahla tak byk pahala.jgnlah tambah dosa yg ada.dunia dah uzur.bila-bila masa akan musnah.sejujurnya sy berkata hati ni lama dah berkecil hati dgn kalian.tp malas berbalah,mendiamkn diri menjadi pilihan.utk apa berbalah seandainya dikemudian hari terjadi lg perkara y sama? ada masa kau buat aku seperti semut hitam dibatu.aku membawa haluan aku sendiri,kawan.aku tau dan aku sedar kita kenal hanya kerana kita serumah,dan ada yg sekelas.dalam rumah ni aku je yg tade kawan senegeri.jd mungkin sebab itu aku rasa terasing.cukup.sy berhenti disini.sbb rasa sakitnya mula menusuk hati.kuatkan hatiku YA ALLAH.sesungguhnya KAU la pencinta sejati.siang malam hanya KAU yg menemani.satu sy nk berpesan.IKHLAS lah dalam apa jua yg kita lakukan di dunia ni.Ikhlas kerana ALLAH.belajar menerima kebaikan dan keburukan orang lain sebab kita pun tak sempurna.Nabi Muhammad SAW seorang yg sgt sempurna namun tiada pun sifat riak/sombong dalam diri Baginda.Subhanallah sungguh mulia hatimu ya Rasulullah.
Bismillahirrahmanirrahim.YA ALLAH yg maha penyayang,KAU cambahkanlah benih kasih sayang dalam hati kami dalam mencintai saudara kami dijalan yg ENGKAU redhai ya rabb.bersihkanlah dan sucikanlah hati kami sesuci embun pagi.hanya padaMU kami memohon dan berharap.amiinnn ya rabbalalamin (:

*biarlah apa yg kita lakukan hanya ALLAH sahaja yg tahu.tak perlu ditunjuk/dihebohkan.sesungguhnya segala yg dimiliki ni hanyalah milik ALLAH*

mien's FOLLOWERS